This is such a devastating news.The first time i knew about it was when i was watching the news on television.My prayers goes to all the victims and victims family.
According to the news that i watched on the television,one of the police officer said that, from his experience working as a police officer, this tragedy is the worst compared to the Highland Tower tragedy.I have seen the pictures from the scene,memang sangat-sangat lah sedih bila melihat gambar-gambar di tempat kejadian.Bagi yang lemah semangat,it is advisable untuk tidak melihat gambar-gambar tersebut.I don't want to post it here,it's too sad to watch all those pictures with gory images.
According to the news also, one of the survival said that he noticed there's something wrong with the brakes.Keadaan bas pun dah uzur.If only they checked the condition of that bus before departure,kemungkinan besar tragedi seperti ini dapat dielakkan.
I am not pointing at any bus company, i have been to Genting many times before and i always noticed most of the buses memang laju sangat macam pelesit.Ada juga rasa gerun bila tengok time bas tu corner,dalam hati "iskk..kalau terjatuh nii...".Sebab itu jugalah, i always choose to drive rather than take a bus..another reason is because i tak nak naik cable car (gayat lahh..hehe).
I hope, this kind of tragedy won't happen in the future.To the victims families, stay strong!
__________________________________________________________________________________
ARKIB : 21/08/2013
Nahas bas hari ini paling buruk di Genting sejak 17 tahun
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands hari ini adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun.
Setakat ini 30 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang itu.
Bas itu dipercayai membawa 49 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.
Kemalangan buruk lain ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.
Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.
Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang:
5 Mac 2012 - Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.
29 Okt 2010 - Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.
2 Sept 2010 - Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.
3 Jun 2008 - Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
20 Nov 2006 - Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.
14 Nov 1999 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.
31 Dis 1996 - Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.
15 Julai 1996 - Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130821/je_25/Nahas-bas-hari-ini-paling-buruk-di-Genting-sejak-17-tahun#ixzz2conf3Ays
© Utusan Melayu (M) Bhd
___________________________________________________________________________________
Keadaan fizikal bas uzur, kata mangsa #SHSemasa
KUALA LUMPUR - Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam memberitahu, beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.
Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu, beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang.
Beliau yang patah tangan kiri dan mengalami kecederaan di muka dan tangan itu menceritakan hal berkenaan kepada teman lelakinya, Zaid Ismail, 25, yang melawatnya di Hospital Selayang malam ini.
Zaid ketika ditemui Bernama berkata: "Selepas kejadian jatuh gaung, Nur Syamimi mencari adiknya, Nur Fathiah, 21, yang turut berada di dalam bas itu namun tercampak beberapa meter dari tempat duduk mereka.
"Nur Fathiah turut mengalami kecederaan ringan. Mereka kemudian merangkak keluar melalui tingkap yang pecah dan cuba membantu mangsa lain memandangkan mereka yang terawal sedar daripada kejadian itu.
Sementara itu, Roslan Jantan, 54, pernah menasihatkan abangnya Rasib, 61, seorang pegawai keselamatan di sebuah hotel di Genting Highlands yang turut terkorban, supaya tidak menaiki bas sedemikian untuk berulang alik dari tempat kerja.
Ini memandangkan keadaan bas berkenaan dipercayai uzur dan kurang penyelengaraan, dakwa Roslan, seorang bekas pemandu bas di syarikat lain.
Bas awam tersebut menjalankan perkhidmatan berulang alik setiap hari ke pusat peranginan itu dari stesen bas Jalan Tun Razak di sini

Bas maut disenarai hitam oleh JPJ
SHAH ALAM: Bas yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan 37 penumpang dan pemandu di Genting Highlands semalam telah disenarai hitam oleh pihak berkuasa kerana tidak memeunhi piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan.
Bas itu dikatakan milik Genting Highlands Transport Berhad yang beroperasi daripada Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.
Jurucakap syarikat itu tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan kenapa bas itu masih digunakan sungguhpun diambil tindakan oleh JPJ. Kenderaan itu disenaraihitam oleh JPJ namun adalah tidak jelas bila atau kenapa tindakan itu diambil.
Menteri Pengangkutan Hishamuddin Tun Hussein berjanji untuk menyiasat punca tragedi sehingga ke lubang cacing.

_________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment