What do you think?adakah tindakan yang dikenakan seperti ini adalah wajar?tapi adakah wajar untuk peminjam mengelak dari membayar hutang? adakah dengan tindakan sebegini akan membuat para peminjam membayar hutang mereka?
No matter what, hutang wajib dibayar.Tak elok elak-elak dari membayar hutang.Kalau dah rasa hutang tu dah bertimbun,cubalah fikirkan cara yang sewajarnya.
No matter what, hutang wajib dibayar.Tak elok elak-elak dari membayar hutang.Kalau dah rasa hutang tu dah bertimbun,cubalah fikirkan cara yang sewajarnya.
*CCRIS - Credit Central Reference Information System
Sebarang informasi berkaitan dengan pinjaman yang anda telah buat dan akan buat akan direkodkan di dalam CCRIS. Kebiasaannya,input bagi setiap transaksi di dalam laporan ini akan disediakan oleh semua bank-bank di Malaysia pada setiap akhir bulan.'Pattern' pembayaran selama 12 bulan juga akan direkodkan.Justeru apabila rekod pembayaran PTPTN ini dimasukkan ke dalam Laporan CCRIS, sudah pasti peminjam akan berhadapan dengan masalah untuk membuat sebarang pinjaman di bank-bank Malaysia pada masa hadapan.Jadi jika nak buat loan rumah ker atau loan kereta ker memang tak dapat nak lepas.
"Bersemuka lah dengan pihak PTPTN dan berbincang dengan mereka mengenai pembayaran pinjaman anda.
- Tangguhkan Permohonan Pinjaman & Susun Semula Pembayaran PTPTN
Anda hendaklah menangguhkan kehendak anda untuk memiliki kereta/rumah/kredit baru, sebaliknya ‘regularise’kan kembali pinjaman PTPTN anda sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Kenapa 6 bulan? Kerana ianya merupakan tempoh bertenang (cooling period) yang diterima pakai oleh kebanyakan bank bagi akaun-akaun yang bermasalah dengan syarat peratusanDebt Service Ratio (DSR) anda mencukupi.
Timbul pula masalah dari segi peratusan DSR yang semestinya meningkat sekiranya instalment PTPTN ini dimasukkan ke dalam Laporan CCRIS dan satu-satunya jalan penyelesai kepada masalah ini ialah, dengan menambahkan pendapatan anda (selain dari pendapatan aktif – gaji) melalui sumber-sumber berikut :
- Pendapatan Sampingan (Side Income) – Komisyen, royalti dsb.
- Pendapatan Portfolio (Portfolio Income) – Dividen saham, saham amanah dsb.
- Pendapatan Pasif (Passive Income) – Sewa/Sublet rumah.
Inilah antara tindakan yang mampu anda ambil buat masa ini sekiranya anda merupakan antara mereka yang terbabit dengan isu ini, " - info taken from abangensem.com
Dah banyak sangat cara pihak PTPTN ni menyuruh peminjam untuk membayar semula hutang mereka...dari discount ke sekatan untuk ke luar negara dan yang paling extreme,adalah dengan memasukkan rekod pinjaman peminjam ni di dalam CCRIS.I think this is their last attempt to make the PTPTN loaners pay their debts.
Bagi anda yang tidak terlibat, pastikan anda telah pun membuat simpanan untuk pendidikan anak anda agar kebergantungan terhadap PTPTN ini dapat anda elakkan di masa depan.
p/s: nak register anak untuk tabung ASG (amanah saham gemilang).
No comments:
Post a Comment