Friday, August 30, 2013

Selamat Hari Merdeka Malaysia!

Setiap tahun bila kita nak sambut merdeka, setiap tahun jugaklah kita akan terbaca ayat-ayat atau soalan-soalan lazim yg mmpersoalkn erti kemerdekaan bagi setiap individu; "Apakah itu merdeka?" "Merdeka kh kita?" "Untuk apa kita menyambut merdeka?" dan sebagainya.Secara jujur ingin aku katakan,aku agak bosan dengan ayat-ayat dan soalan-soalan sebegitu rupa.Maaf jika pihak tertentu mungkin tidak bersetuju dengan apa yang aku katakan di sini.Kemungkinan soalan-soalan dan ayat-ayat seperti itu ditujukan dengan niat untuk menyedarkan beberapa pihak tertentu.Memang tidak salah akan tetapi adakah mereka akan sedar? Setiap rakyat di setiap negara di dalam dunia ini menghadapi bermacam-macam masalah dan perasaan tidak puas hati terhadap sistem negara masing-masing.Memang tidak dinafikan setiap negara ada kepincangan dari segi politik dan juga dari beberapa aspek lagi.Dan dari masalah dan rasa tidak puas hati itu jugaklah membuatkan semangat kita hilang dan pudar.Adakah disebabkan itu semua membuatkan kita lupa pada jasa mereka yang telah berjuang bermati2an sehingga negara kita diisytiharkan Merdeka pada 31 Ogos 1957? Negara KITA, tanah tumpahnya darah KITA ! 



Bermula dari kemerdekaan kita pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah berkembang dengan begitu pesat sekali.Jika dilihat negara kita sekarang, macam-macam ada.Negara Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan bayangkan betapa banyaknya perayaan yang diraikan oleh kaum-kaum di Malaysia.Berbagai-bagai budaya yang dapat kita saksikan di sini. Walaupun kita berhijrah atau bercuti di negara lain, di dalam hati kita tetap terpahat rindu pada negara kita sendiri. "Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri".



Bagi aku, sambutan hari Merdeka pada setiap 31 Ogos ini adalah sebagai tanda terima kasih kita pada para pejuang yang telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir untuk kita semua hidup dengan begitu senang sekali pada hari ini.Negara kita Malaysia,walaupun kecil tapi tetap dikenali di serata dunia.As a Malaysian,I am very proud.




Photo: "KEMERDEKAAN" tanahair yang diterjemahkan dalam seni lukisan....

*Terharu mengenangkan pejuang2 negara yang telah pergi dahulu berjuang demi nama "MALAYSIA"...



Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'MERDEKA!' pada Upacara Pemasyhuram Kemerdekaan negara.Upacara bersejarah ini turut disaksikan ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.


Wahai Rakyat Malaysia, peliharalah Kemerdekaan kita dengan sebaik-baiknya.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...