Tuesday, August 20, 2013

Bila suami yang membelasah isteri meminta maaf pada semua wanita dan ifo mengenai ciri-ciri pendera dan siapa harus dihubungi

Photo


Dalam banyak-banyak comment yang saya baca,comment yang menyokong tindakan lelaki ini membelasah isteri dia yang saya kurang faham.Kata si pengomen tersebut, "salah perempuan sebab bebel banyak sangat" dan yang paling BEST! si pengomen tersebut adalah seorang wanita.Konpius!Konpius!...Cik kak, dah memang lumrah perempuan suka membebel lebih-lebih lagi kalau ada yang tak kena.Takkan Cik kak sendiri tak pernah membebel kot???.Mak kita yang dok bebel-bebel tu, takkan nak belasah jugak kot? Isk isk! Kita bertindak guna akal, elakkan dari guna perasaan.

Dalam situasi sebegini, yang menjadi mangsa adalah anak.Lelaki ni belasah bini dia dalam lif di depan anak dia sendiri.Patut ker?This situation will definitely affect their children mentally. Kesian sangat pada si anak.Memori melihat ibu sendiri dibelasah oleh ayah dia sendiri akan melekat di dalam minda mereka sampai bila-bila.

No matter what, i am still against what this man did to his wife in front of their children.No man has the right to ever hit a woman! If you encounter similar cases like this or any case that involves with violence against woman,please do report it! Who knows, you might save a life!

As a woman,we must not let others hurt us.We must know our rights and nobody has the right to violate it.Here's some info that i took from wanista.com on types of pendera dan whoto call bila kita berhadapan dengan ciri-ciri pendera tersebut:

Had kesabaran manusia ada hadnya. Penderaan mental, seksual dan fizikal boleh berlaku kepada sesiapa dan seringkali dipandang sebelah mata oleh masyarakat. Saya selalu terfikir kenapa ada pasangan yang sanggup ‘bersabar’ dan bertahan dengan pasangan kaki pukul, suka maki hamun dan yang selalu melakukan penderaan fizikal dan mental? Sebenarnya yang paling teruk adalah mereka yang menjadi mangsa penderaan psikologi atau mental kerana penderaan seperti ini tak boleh nampak dengan mata kasar seperti penderaan fizikal tetapi kesannya berpanjangan. Tiada siapa yang harus hidup dalam ketakutan bersama orang yang mereka sayangi. Jika anda mengenali mereka yang menjadi mangsa kepada keganasan domestik seperti ini, hulurkan bantuan dan jangan biarkan mereka terkapai-kapai. Walupun terdapat kes kaum lelaki menjadi mangsa penderaan, namun penderaan domestik lazimnya melibatkan gadis dan wanita dan jumlah kes semakin meningkat.
penderaan wanita malaysia
1. Anda mungkin tertarik dengan personaliti menarik mereka.
Selalunya mereka ini bersifat extra maskulin, kekuatan, sifat yakin diri dan kualiti yang tiada dalam diri anda yang membuatkan anda kagum dengan mereka.
2. Sering merendah-rendahkan anda
Sepatutnya seorang lelaki akan sentiasa menyokong anda tak kira jika anda gagal atau berjaya. Akan tetapi jika pasangan yang bersikap ‘abusive’ ni  sering membuatkan anda merasa ‘kerdil’ dengan diri anda dan sentiasa mengambil peluang untuk merendah-rendahkan keupayaan anda. Ini akan membuatkan ada berasa tidak yakin pada diri sendiri apabila bersama dengannya. Walaupun dengan perkara-perkara yang remeh pun dia akan cuba untuk membuatkan anda rendah diri. Contohnya jika anda memenangi tempat kedua di dalam satu pertandingan, dia tidak menyokong anda tetapi sebaliknya dia akan mengutuk anda kerana tidak berjaya menjadi johan.
“Ada juga wanita yang menyedari mereka mangsa keganasan tetapi mendiamkan diri kerana takut, malu atau lebih memikirkan kepentingan anak. Lebih teruk ada yang tidak tahu wujudnya undang-undang khas untuk kesalahan ini.”
3. Sering mengancam.
Anda harus menuruti segala kehendak dia tanpa kompromi atau jika tidak, dia akan mengugut anda.
4. Memarahi anda di khalayak ramai.
Dia tidak malu untuk memarahi anda atau mengherdik anda di khalayak ramai. Dia tidak peduli jika anda berasa malu dan jika maruah anda jatuh. Sekiranya anda tidak mampu bertahan, maka kuatkan semangat, cekalkan hati dan yakinkan diri anda untuk tidak meneruskan lagi hubungan dengan lelaki sebegini.
Statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula dari Januari hingga Julai 2011 sahaja menunjukkan sebanyak 1,926 laporan diterima mengenai keganasan domestik. Manakala di peringkat global, dianggarkan lebih enam daripada 10 wanita mengalami keganasan fizikal atau menerima penderaan seksual dalam hidup mereka.
5. Sentiasa ingin menang
Dia sahaja yang betul. Dia sahaja yang menang atau berkuasa. Dia sentiasa mempertahankan tindakannya dan cuba untuk menyalahkan orang lain. Lelaki yang sering melakukan penderaan mental ( jenis yang suka mengeluarkan kata-kata kesat dan menjatuhkan air muka kamu ) sebenarnya melakukan perbuatan keji macam tu sebenarnya inginkan dirinya kelihatan lebih superior atau berkuasa. Matlamat seorang lelaki yang suka mengeluarkan kesat adalah untuk membuat anda berasa lemah supaya mereka dapat merasa berkuasa. Pendera kerap merasakan perasaan insecure dan kuasa ini membuatkan mereka berasa lebih baik tentang diri mereka.
6. Mengongkong
Pasangan yang suka mendera ini selalu mengongkong dan sentiasa mahukan perhatian dari anda. Dia akan mengawal segala tindakan dan gerak geri anda. Contohnya selalu menelefon anda dan jika anda keluar, bertanya dengan siapa anda keluar, setiap masa. Dia juga tidak suka jika anda keluar tetapi tidak membawa dia bersama kemana-mana. Dia juga mudah marah jika anda mula menunjukkan sikap berdikari atau boleh hidup jika tidak bergantung padanya.
7. Menyembunyikan sejarah hidup.
Selalunya lelaki yang abusive ini mempunyai sejarah hidup yang agak pahit dan mahu menyembunyikannya dari anda. Banyak penyelidikan yang telah dibuat mengenai mereka yang mempunyai sikap abusive dan rata-ratanya mempunyai sejarah hidup lampau yang buruk dan mereka mahu orang lain merasa kesengsaraan yang mereka alam walaupun mereka tahu cara mereka ini salah. Lelaki yang pernah didera juga cenderung untuk menjadi pendera.
8. Mengharapkan balasan.
Dia mungkin nampak gembira memenuhi segala impian dan keperluan anda tetapi rupanya dia mengharapkan balasan dan selalu mengeluarkan ayat ” Tengok apa yang saya dah buat untuk awak, macam-macam tahu?? Awak kena selalu ingat!”
9. Sering mengingatkan anda mengenai kebaikan dirinya
Pendera selalunya akan sentiasa mengingatkan anda mengenai kelebihan dirinya dan kebaikannya yang dia ada. Dia selalu memberi kata-kata sinis mengenai betapa beruntungnya anda memilikinya seolah-olah tak ada lelaki yang yang lebih baik darinya. INI TIDAK BOLEH DIJADIKAN ALASAN. Walaupun ada sikap yang baik didalam dirinya, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk dia mendera emosi dan fizikal anda.
10. Suka memanipulasi.
Dia akan memanipulasi setiap ayat yang keluar dari mulut anda dan cuba menyalahkan anda jika dia bersikap agresif terhadap anda. Dia akan cuba membuatkan anda nampak bersalah.
11. Mudah meminta maaf.
Pendera juga mudah meminta maaf selepas dia telah mendera anda secara fizikal dan mental. Contohnya apabila dia sudah puas maki hamun anda, dia akan meminta maaf dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi. Tetapi cara si pendera memohon maaf/memberi penjelasan atas sikapnya seolah-olah ingin mengatakan bahawa anda juga turut bersalah dengan apa yang terjadi antara kamu berdua.
12. Mood yang mudah berubah-ubah.
Mood si pendera juga mudah berubah. Sekejap dia akan menjadi sangat penyayang dan memberikan anda pelbagai hadiah untuk menghargai anda. Tetapi selepas itu dia boleh berubah menjadi sangat agresif dan pembengis.Ketika anda bersama dengannya, anda sering berhati-hati dalam setiap percakapan dan perbuatan anda, takut tersinggung perasaan dia dan membuatkan dia marah. Apabila dia bersikap sebegini, adakah anda rasa bebas? Adakah anda betul-betul rasa dicintai? Fikir balik sedalam-dalamnya.
13. Cemburu tak bertempat
Ciri ini amat sinonim dengan pendera. Mereka akan sentiasa cemburu walaupun anda bersama teman-teman rapat, keluarga dan teman sekerja. Kadang-kadang sikapnya tidak munasabah dan membuatkan anda rimas. Sikap cemburu buta boleh menjadikan manusia hilang pertimbangan dan tidak mustahil dia akan melakukan perkara di luar jangkaan anda. Jadi berhati-hatilah.
14. Memburuk-burukkan bekas kekasih
Untuk meminta simpati anda, dia sering menyalahkan bekas kekasihnya iaitu contohnya tidak memahami, mengecewakan atau bersikap buruk sehingga dia terpaksa berkelakuan agresif. SILA BERHATI-HATI. Jika ada mempunyai peluang, cari jalan untuk mengetahui cerita dari kedua-dua belah pihak dan jangan mudah ‘judgemental’. Jika dia boleh memburukkan bekas kekasihnya, tidak mustahil anda boleh menjadi mangsa seterusnya.
15. Talam dua muka.
Selalunya pendera ini talam dua muka. Dia mempunyai sikap yang aneh iaitu dia boleh menjadi sebaik-baik malaikat atau berlagak cool di depan orang ramai,tetapi tidak apabila anda berdua dengannya. Kadang-kadang dia akan menunjukkan sikap terlebih penyayang kepada anda bila dikhalayak ramai supaya dapat mengaburi mata orang ramai kononnya dia baik, penyayang dan lain-lain. Tetapi dia boleh mengherdik anda apabila anda berduaan dengannya.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan bahawa pasangan anda mungkin seorang pendera, jangan teragak-agak untuk mengundurkan diri daripadanya secara perlahan-lahan. Dengar nasihat rakan-rakan baik atau dapatkan nasihat dari pakar. Jika anda masih belum berkahwin dengan pasangan anda yang merupakan pendera, jangan berfikir dua tiga kali untuk meninggalkannya. Kononnya sikap baiknya membuatkan anda bertahan. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru anda nak bertindak.
wao-malaysia
Pelaku boleh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
1. Pusat Krisis Sehenti – Untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan atau mangsa keganasan rumahtangga. Sebanyak 6 buah hospital menyediakan perkhidmatan ini iaitu Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Kajang. Operasi OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Info lebih lanjut : SINI
2.Women Aid’s Organization ( Pertubuhan Pertolongan Wanita )
Untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling berkaitan dengan isu penderaan mental, seksual dan fizikal , hubungi talian hotline WAO : +6 03 7956 3488
3. Talian NUR : 15999
4. Hubungi dan buat laporan POLIS

Sebelum saya akhiri post saya ini, ada cerita menarik tau yang saya ingin sangat nak berkongsi dengan you all :) .............



Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.

Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.

Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya,

"Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab,

"Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata,

"Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan "senyap" sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.

Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.

Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.

Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri.

Mari lah kita renungkan bersama :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...